Pages

Tuesday, December 4, 2012

Rindu..


Amboiiiii lama benor aku x merapu meraban dalam nie..dlu time study mmg xde masa sgt nak update blog..skrg da hbs study xde mood pulak nak menaip...hmmm..boring pulak duduk rumah lama2..yela, da biasa membuzykan diri study, kerja..so, bila duk rumah jer, jadi cam hilang arah ckit..hehe..(itula ko Jemah, da kerja elok-elok, berhenti, padan muka #bueeekk utk diri sendiri :P) bila duk rumah nie, mcm2 ingatan yg singgah..rindu pulak time study..skrg my GSM sume jauh2 da..bila nak jmpa lg x tau lah..

Rindu nak window shopping dekat Sungei Wang..mmg da mcm hobi pulak yer..kadang-kadang x membeli pun..saja sambil-sambil cuci mata..kasiiiiiii bersihhhh, bak kata cik Kats :P..berjalan x ingat-ingat da nak balik..asyik sgt..tapi time shopping nie kna beringat, syaitan durjana byk membisik, menghasut..hehe..seronok-seronok juga, tapi still kena kawal diri..hope someday, kita boleh kumpul semula pegi jalan-jalan cam dulu lagi kan..insyaAllah :)..mungkin masa tu sume da ada kerjaya impian sendiri da..berpimpin tangan dgn suami dan anak mungkin..aku?? hmm, aku bwa ank kucing jela..hahaha..

Rindu ngan ank buah pun satu hal nie..dengar suara dia dkt telefon mengomel mcm-mcm..da pandai ckp la katakan..tapi puas juga la otak nie nak translate apa yg dia ckp..tapi yg nie mmg xboley nak gna Google Translate la kan..confirm x de..hahaha..x lama lagi dia nak dpt adk da...hooorey..aku yg excited lebey..insyaAllah, akan bertambah keluarga Halimi nie :).. kakak (panggilan utk ank buah) x boley nakal-nakal da, kena jaga adk yer..nakal jgk achik babap nanti..hehe..(yeke achik oiiii..awok nak marah dia pun x kuar bunyi :P) ..syg la katakan..<3.. 

And last but not least, i miss my buah hati la..mana dia x muncul-muncul dalam hidup aku..heee..in the future, insyaAllah..i'm right here waiting for you dear :) ..chewaahhh..okeyla, tamat di sini jela dulu..warming up jari jer nie lama x update blog nie..haha..anyway, take care semua..tido dulu..nyte :)



Tuesday, January 31, 2012

Cinta Dalam Diam ...

Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya


Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah.

Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
Namun kau tahu cintamu tak terbalas,
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & 
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu




Cukup cintai dalam diam, bukan kerana membenci hadirnya

Tetapi menjaga kesuciannya, bukan kerana menghindari dunia
Tetapi meraih syurga-NYA, bukan kerana lemah untuk menghadapinya
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
Menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
Kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
Nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
Gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali &
 Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
Then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

~Pesanan utk diriku & juga yg lain :)~